Seksyen 2, 3 & 4
3 sekolah- SK Raja Muda
- SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- SRA Seksyen 3
Prototaip demo. Laman ini belum rasmi dan KidGo Live belum dilancarkan.
Pengangkutan sekolah di Shah Alam
Van sekolah berlesen APAD untuk murid di Seksyen 2, 3, 4, 18, 19 dan 25. Dengan KidGo Live, telefon anda berbunyi setiap kali anak naik dan turun van.
Masa dan lokasi dalam paparan ini hanyalah contoh.
Kawasan perkhidmatan
Laluan dirancang ikut kawasan perumahan dan waktu sesi sekolah. Kawasan baharu dibuka apabila permintaan mencukupi.
Pilih sekolah untuk semak sama ada ia dalam laluan KidGo.
Sehari bersama KidGo
Masa di bawah ialah contoh untuk sesi pagi. Masa sebenar ikut jadual sekolah dan laluan anak anda.
Anda dapat makluman dua minit sebelum van tiba, jadi anak tidak perlu menunggu lama di luar rumah.
Pemandu menanda nama anak dalam aplikasi sebaik dia duduk.
Makluman ini yang paling ibu bapa tunggu. Ia sampai ke telefon anda dengan masa sebenar anak turun.
Anak anda tiba di sekolahProses yang sama di pintu pagar: tanda nama, makluman ke telefon.
Perjalanan ditutup apabila anak turun. Rekod hari itu tersimpan untuk rujukan anda.
Aplikasi ibu bapa
Satu aplikasi untuk tahu di mana van, bila anak sampai, dan bayar yuran tanpa perlu cari nombor akaun.
Telefon anda berbunyi ketika van hampir tiba, ketika anak naik, dan ketika anak turun di sekolah atau di rumah.
Tekan sekali. Pemandu terus tahu, tiada mesej WhatsApp pukul 6 pagi.
Van singgah di rumah anda seperti biasa.
Lihat van di peta semasa perjalanan, bukan hanya teka dari jam.
Pautan bayaran setiap awal bulan, resit terus ke telefon.
Cuti umum, perubahan laluan atau kelewatan, tanpa tenggelam dalam kumpulan WhatsApp.
KidGo Live disertakan untuk setiap anak yang berdaftar dengan KidGo.
Keselamatan
Buku Panduan Ibu Bapa dan Buku Panduan Pemandu KidGo disediakan sebelum hari pertama operasi, supaya semua pihak tahu peraturan yang sama.
Ambil dan hantar terus dari rumah ke sekolah.
Jadual perjalanan yang teratur supaya tepat masa setiap hari.
Prosedur operasi bertulis, keselamatan murid sentiasa didahulukan.
Komunikasi yang teratur dan cepat dibalas untuk ibu bapa.
27 Januari 2027, iaitu hari pertama sesi persekolahan 2027.
Ya. KIDGO ENTERPRISE memegang Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan Bas Sekolah (Sekolah Harian) daripada APAD, sah hingga September 2028.
Melalui KidGo Live. Pemandu menanda setiap murid ketika naik dan turun, dan anda terima makluman pada masa itu juga.
WhatsApp kami nama sekolah dan kawasan rumah anda. Kawasan baharu dibuka apabila cukup pendaftaran.
Isi borang pendaftaran dalam talian KidGo untuk semua anak sekali gus, atau hubungi 011-6226 6454.
Bermula RM90 sebulan, bergantung pada lokasi rumah dan sekolah. Anggaran dipaparkan semasa pendaftaran, dan KidGo mengesahkan jumlah sebenar sebelum anda membayar yuran bulanan pertama.
Pendaftaran
Satu borang untuk semua anak anda. Anggaran yuran bulanan dipaparkan sebelum anda menghantar.